Assalamualaikum whb. Ya Allah dengarkan kata hatiku, seribu penuh rasa penyesalan.
Kata-katanya membuat aku tergamam, hatiku dilukai.
Segala ceritanya penuh kepalsuan, penuh keegoan penuh kebencian.
Segala pengorbanan dipandang hina, segalanya berlalu begitu sahaja.
Mujur hatiku berbalik Pada Sang Pencipta Yang Maha Esa.
Air mataku mengalir disetiap 5 waktu.
Sujudku yang ku sia-siakan selama ini kembali bertakhta.
Di penghujung sujudku, solat ku, akan aku lembabkan bibir
dengan nyanyian hembusan kalimah Allah. Penuh syahdu
penuh yakin.
Bagi seorang pelajar senibina seperti ku, masa akan dihabiskan
hanya membuat kerja, mata jari jemari sentiasa di papan kekunci,
tiba masa aku dipanggil Allah, ku tidak sia-siakan nya seperti sebelum ini.
Rakan sekolah ku Syarah, dia ditimpa perkara yang sama apabila berada
di Universiti di Terengganu
Oleh itu, hidupku terlalu sunyi, dan kerana itu aku memilih kerjaya ini
agar segala masa ku terbuang dengan tidak sia-sia. Masa sibuk diisi
kerja, masa lapang disumbatkan dengan kalimah syahdu berisikan
penyesalan, dan kerinduan pada Allah.
Aku rindukan diri aku yang dulu, pada zaman UPSR, keluar
keputusan, aku berasa sedih kecewa hampa kerana telah di usahakan segala
wang dan masa pada pelajaran, berdoa sepanjang waktu tiba saat yang ditunggu,
aku dikecewakan Allah, tetapi pada ketika itu permikiran tidak matang,
menyalahkan Qada' Qadar sedangkan ini adalah ujian bagi orang-orang yang beriman
Aku pilih untuk memasuki sekolah Tahfiz di Bangi, tetapi tidak diluluskan
kemasukan ku disebabkna oleh bapa ku tidak ada bersama ketika itu.
Keluh sedih rasa hatiku, segala yang diinginkan tidak terlaksana.
Akhir sekali bapa ku menghantar aku ke sek part time tahfiz berdekatan dengan rumah
Alhamdulillah dari form 1 sampai form 3 aku mampu menghabiskan hafazan aku
juzzu' amma dang surah al-ahqaf. surah ni surah paling susah dalam hafazan,
bila dah hafaz ni barulah mudah nak hafaz untuk surah-surah lain.
Percaya la dan cuba jika mahu merasakan kehebatannya.
Habis PMR keluar keputusan, aku menangis tak henti-henti
azam aku untuk memasuki sek teknik untuk amik bahagian jurusan
vokasional tidak tercapai, Aku nak amik akitek, susahla klu belajar
jurusan akaun.mane masuk.
Aku pun berpindah ke Sek Men Keb Lembah Keramat,
dengan keputusan aku, aku tidak layak tapi alhamdulillah
dengan bantuan Cikgu Hamidah Buang, aku dimasukkan ke kelas
4 AlRazi. Kelas kedua dalam tingakatan 4 yang ada subjek berkaitan akitek
iaitu Engineering Drawing. Aku usaha sedaya munkin
dan target tuk dapat A1 dalam SPM.
Sampai masa,
kertas Eng. Drawing dimulakan. Alhamdulillah dengan yakin aku
mampu menjawab dengan sempurna dan gembira.
Selesai di uji tu, aku pun keluar dan hantar SMS pada ibu bapa aku,
yang berbunyi seperti ni " Assalamulaikum WHB, ma insya'Allah boleh dapat A1"
dengan yakin. Tiba keputusan SPM, aku hanya dapat 5C sekali lagi aku
bersedih teresak2.. :'( aku hanya mampu sedih dan terus bersedih.
Aku bimbang, aku tidak mampu meneruskan ke alam Universiti.
Keputusan UPU sudah diumumka, satu pun aku x dapat.
Ya Allah beratnye ujian mu sepanjang hidupku..
menangis aku di kamar bersendirian..
Tiada jurusan lain yang aku minat selain dari fotografi
tapi itu bukan pilihan ku yang sebenar. Pilihanku cita-cita aku
Arkitek dan selamanya. Aku dari kecik suke melukis bangunan,
hati aku sungguh halus dan mudah terasa seperti wanita
Dan tiba aku mohon tawaran di UCSA under UTM in Diploma Architecture
Alhamdulillah aku bersyukur dapat. Tiba masa di pendaftaran,
Kamu Zufar sila ke bilik interview tuk ujian melukis, aku sangat terkejut,
sebelum aku datang, 3 hari dan 1 minggu sebelum tu aku dah tnye kolej tu
ade ujian melukis ke tak.. dia kate takde. Aku pun risaw tapi bile sampai
aku terkejut. Aku pun pegi la ujian melukis tu, aku x lepas..
Maaf, anda gagal. Sila mohon kos lain.
Air mata aku laju mengalir di pipi,
tidak mampu berkata apa-apa hanya sedih yang dirasai
Akhirnya semua yang gagal di beri pelepasan atas bantuan ayah aku.
Alhamdulillah lepas. Setiap perjalan hidup aku penuh duka, penuh
sengasara kecewa. Inilah dia dinamakan Ujian Allah. Ditimpa musibah
tersiratnya hikmah. Akhirnya aku berjaya sehingga mampu ke semester
akhir sem 6. Dari kemasukan semester 1 seramai 60 orang sekarang tinggal
hanya 23 orang. Yang lain tak mampu teruskan, gagal, dan berhenti atas
akibat tekanan kerja yang diberi. Alhamdulillah aku bersyukur.
Sekarang aku ingin kembali zaman sekolah aku, satiap pagi membuat hafazan baru,
kaki ini berjalan menuju masjid di setiap 5 waktu tapi apa kan daya,
Kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.
Rumah aku jauh dari masjid, kisah hidup aku yang termasuk
hilangnya moto, disihir dan paling terbaru aku mengidap penyakit alzheimer.
tanya cik google kalu nak taw. Kehidupan aku lebih sukar dengan sakit yang aku
ada sekarang. Semoga aku terus sedar dengan kesilapan lalu dan kembali
pada Allah dengan Taat. Amin ya Rabbal alamin.
Jangan Online banyak dengan Facebook tapi
Online la Dengan Tuhan kerana Berhubung dengan
Tuhan tidak memerlukan talian tanpa wayar.
Wassalam

