Aurat Terutama Perempuan

Diatas merupakan contoh perempuan zaman sekarang berfashion tak ikut syariat Islam.

Pakai tudung tapi dadanya tak ditutup, ketat menampakkan tubuh badan senang cerita tunjuk buah dada, pinggang ramping, bontot. Lagi satu hal dah pakai sume ok labuh kat dada tapi tetiba skirt sparuh lutut pakai legging. Subhanallah, aurat perempuan yang taw mana baik dan buruk dah besar panai pikir dah WAJIB tutup aurat dari kepala sampai kaki dikecualikan di bahagian muka dan telapak tangan. Perempuan yang pakai seperti dalam gambar kat atas tu munkin tidak taw aurat yang sebenar walaupun kat sek uStazah Ustaz dah terangkan banyak kali cmne nak tutuo aurat yang sebenarnya. Apabila tutup aurat, tapi ketat, nipis, nmpk bentuk tu dah dikira separuh bogel.

Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat.
Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.� Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim. -

Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista. Sultan Muhammad Syah amat teruja. -

Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.

Sultan Muhammad Syah bersuara, Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah. - Dia teringat kata neneknya, "jika ada orang mengejek, ajari mereka.

Pelajaran menutup aurat dan memakai baju itu ialah pelajaran pertama yang dipelajari oleh Adam dan Hawa setelah diturunkan ke bumi dari syurga - Sultan Muhammad Syah menghembus hingus, mengesat air mata. "Pak Habib, adapun busana itu cermin iman. Cerminnya Akhlak, cerminnya tamadun, cerminnya bijak. Tinggi ilmu sesuatu bangsa diukur pada busananya.

Busanalah petunjuk dan pedoman kita nak menilai hebat atau tidak, halus atau kasar budaya. - "Tuanku, apabila kita mengenakan pakaian, tujuan kita adalah untuk menutup aurat, melindungi tubuh dan aib, dan mengingatkan bahawa jasad ini kepunyaan Tuhan sepenuhnya dan diri yang dibawa ini tidak lain tidak bukan adalah pinjaman yang bersifat sementara maka haruslah kita ini sebagai abdi Tuhan bijak memelihara diri.

Moga Novel ini dapat memberikan satu gambaran asas kepada peri penting busana bukan sahaja untuk bangsa melayu tetapi kepada agama Islam khususnya dalam mengangkat martabat kaum hawa. "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim)

3 Responses so far.

  1. SuMaiYaH says:

    nice post!

    might be related to this.

    :)

  2. bella says:

    gambar je dah buat bella sedih dgn dunia sekarang. hmm

  3. Zufar says:

    itulah bella, terlalu ramai.
    Zufar ad g mlaka haritu travel b2 dgn adk.
    duduk kire dalam pukul 9 mlm bhadapan
    dgn Muzium Samudera, ala, yang muzium kapal tu.
    Sambil2 tunggu abg dtg amik, cube la kire brape
    ramai ank dara ke, makdare ke ape, sume pakaian lebih kurang
    nak menangis jugak la, dlm sejam taw x brape je
    gadis2 mak org or wtever pakai betul2 labuh ikut syariat cara
    islam hnya 10 org. Berapa ratus kaum hawa yg lalu, tp hnya 10 org.
    sedih, dunia hampir kiamat bella. Sediakan diri kite bertemu mati,seolah esok mati.

Leave a Reply