Assalamualaikum WHB. Dah lame zufar tak post entry baru sebab agak busy dengan assgmnt dan segala bagai site model. Memang penat la kalau site model scale 1:500 sebab semuanya halus dan comel-comel. Ada sorang mamat ni dia memang kaki jalan, setiap hari nak berjalan je, dengan SLR bergantungan di leher dia. tapi bukan tu yang zufar nak cerita sekarang.
Tengok tajuk post pun dah tau bukan pasal mamat ke ape, ni pasal bahasa perbandaran atau dalam bahasa inggeris urban language. Ni baru introduction kepada sem ni sebenarnya tak masuk dalam project 1 lagi pun. Kalian tolong buka minda buka mate luas-luas, kalau rasa mengantuk sile tekan butang pangkah di hujung atas sebelah kanan anda kerana apa yang bakal zufar cerita ni kemungkinan membosankan, sebab sume ni pasal senibina dan berkaitan dengan bandar kehidupan di bandar dan seangkatan dengannya.
Urban languange ni sebenarnya cara seorang pelajar senibina atau seorang akitek mengesan setiap kawasan yang dilaluinya, di setaip kawasan bandar kampung dan serata tempat la, tak kira kat bandar ke kat kampung ke sebab pasti ada yang berkaitan dengan urban language ni. Urban language ada 71 perkataan. Setiap perkataan berbeza maksud dan gambarannya. Zufar nak tunjuk dan cerita sebanyak sepuluh pekataan je sebab nak tunjuk semua memang penat la. Studio zufar ada seramai 24 orang dan dibahagikan kepada 6 group. Group zufar telah diberikan task bagi mengesan sebanyak 9 urban language. Kitorang kene buat sume ni di bandar kuantan sebab site project 2n final project kat bnadar kuantan. Then kene present dan siapkan report serta poster siza A3 dengan kreatif yang mungkin. Zufar senaraikan 3 urban language yang zufar buat.
Exposure | Dedahan :
Sebuah kawasan yang terbuka yang didedahkan dengan pengcahayaan matahari dan luas seprti contoh padang, lautan, dan padang pasir. Gambar kat bawah ni kat Pesta Layang-layang, Johor Baharu. Gambar ni zufar amik masa gi towntrail Johor Baharu baru-baru ni.
Kemesraan yang dimaksudkan ialah satu susunan yang memberi satu kekuatan pada orang ramai seperti taman yang dapat menimbulkan berbagai perasaan. Gambar kat bawah ni amik mase towntrail di Masjid Sultan Abu Bakar. Ni kat bahagian belakang.
Illusion | Ilusi :
Ilusi ini menerangkan ini adalah itu, dan itu seolah-olah yang ini. Contoh seperti bangunan yang mempunyai cermin yang dapat dilihat awan dan langit di permukaannya. Langit itu seolah-olah yang sebenar sedangkan ia hanyalah pantulan cermin sahaja. Gambar kat bawah ni pulak mase kat bandar Johor Baharu, menara public bank.



